Wednesday, 9 July 2014

Kenapa Anda Bakal Netwoker Tenggelam Sekiranya Anda Gagal “Zerorize”


tenggelam

3 bulan berkecimpungan dengan Networking bisnes.

Baru saya nampak dengan jelas kenapa ramai yang berjaya dapat 5 figure income sebulan dalam industri ini.
Tapi dalam masa yang sama, ramai juga yang tenggelam. Rimas dan lemas.
Industri MLM merupakan antara TOP 5 industri melahirkan ramai “orang biasa-biasa” bergelar jutawan di seluruh dunia.
Dan yang paling penting, kenapa saya rasa ia adalah “beautiful business” di mana kejayaan seseorang itu is a “beautiful success”.

Apa maksud kejayaan seseorang Networker?

Adakah ia kejayaan upline? Kejayaan downline? Kejayaan syarikat? Atau kejayaan diri sendiri?
MLM success is actually not what you think it is.
Because once you enter the MLM realm, success is no longer yours alone. Read the last 6 words 3 times.
Sebelum saya bercerita pasal ZERORIZE (kerana ia salah satu critical factor kejayaan MLM), jom kita selak rahsia di sebalik tabir dunia multi-level-marketing.
Zerorize. Zero mind. Get ready. Jangan tenggelam.

Rahsia Di Sebalik Kejayaan Industri MLM

Sebelum kita boleh mengorek rahsia MLM, first kita sendiri mesti duduk, berjalan, berdiri dan berfikir seperti Networker.
Apa yang membuat kan Networker boleh stay sampai lewat malam, memberi kata-kata semangat dengan suara yang lantang sehingga bergegar alam semesta?
Apa yang membuatkan Networker ghairah dengan semangat hati kering jiwa kental mat rempit gaya superman.
  • Apa action mereka?
  • Cakap mereka?
  • Penampilan mereka?
  • Ilmu yang disampaikan?
  • Bagaimana cara Networker bercakap?
  • Topik perbincangan bersama Networker lain?
  • Bagaimana mereka bekerja?
  • Budaya mereka?
  • Sistem pendidikan mereka?
Dan soalan golden boot FIFA World Cup:
Bagaimana mereka boleh bersatu dan berjaya bersama?
Ingat. Bukan boss. Bukan pekerja. Tapi bersama.

Kenapa ramai yang berjaya dan kaya dalam industri MLM?

Untuk berjaya dalam setiap perniagaan, kita mesti faham dan mendalami selok belok “inside out” bisnes itu.
Selagi ada keraguan, selagi itu tidak boleh menyelami dan menjiwai.
Selagi tidak menjiwai MLM, anda tidak mungkin berjaya. Mungkin anda berada dalam platform yang salah.
Senang cerita, jangan berniaga MLM. Anda confirm akan tenggelam.
Sama seperti menjual keropok lekor.

Sebelum buka franchise keropok lekor seluruh dunia mesti ZERORIZE dan belajar from basic.

Mesti tahu ikan apa. Tepung jenis apa. Pakai minyak apa. Sambil goreng keropok lekor sambil tengok program secret recipe keropok lekor Chef Wan.
Sebab apa?
Sebab menjiwai sepenuhnya.
Tiada keraguan untuk berkata dengan jelas “keropok lekor aku adalah yang terbaik di Malaysia”.
The only way to do great work is to love what you do.
Nampak kan ciri-ciri orang yang berjaya?
You must have obsession and passion.
Sebab itu business MLM ini bukan untuk semua.
Bukan semua lapisan masyarakat boleh terima dengan hati yang terbuka.
Teruskan membaca.

Sebelum attend mana-mana SEMINAR ataupun program KEJAYAAN yang berlambak macam ikan bilis kat luar sana, baca point ini dengan “ZERO MIND”.

Betul. Banyak seminar sana sini. Cakap sahaja apa yang kita nak belajar. Semuanya ada.
Clickbank, FBads, Adwords, Forex, Saham, Gold Investment, Hartanah, Public Speaking, Kelas Memasak, Kelas Menjahit, Kelas Belajar Water Filter – kan saya cakap semuanya ada.
Ada ramai sifu-sifu tersoho yang berpengalaman. Memang senang nak belajar lagi-lagi zaman IT sekarang.
In fact, semua jawapan yang anda cari ada dalam Internet.
Cuba search kat Google, “seminar hartanah” atau “seminar clickbank” confirm berderet keluar top 10 listing.
Setiap Sabtu, setiap Ahad. Sepanjang tahun. Setiap tahun.
Ada yang FREE. Ada yang RM47.
Ada yang RM4999 dan ada juga yang advanced class sampai RM10,000 plus.

You pay for the knowledge. You get the knowledge.

Tapi cuba tanya diri anda, berapa ramai usahawan Forex yang kaya raya bergelar jutawan selepas keluar seminar Forex?
Berapa peratus peserta yang hadir seminar pergi pagi Jumaat balik petang Ahad, 2 tahun dari sekarang income RM80,000 sebulan? Consistent. Passive and residual?
Hardly any.
What about program-program business? Seminar motivation? Seminar FBads jual cupcakes atau jersey bola? Berapa ramai yang dah ada income RM80,000 sebulan? (Saya sendiri masih jauh dengan income RM80,000 sebulan, sebab itu saya zerorize dan buat MLM)
TAK RAMAI.
Nak buat 5 figure income pun masih ramai yang belum berjaya.
Tapi dalam “beautiful business” ini, you will only make money when your business partner make money.
And that my friend is something “mesmerizing”.
Semua yang terlibat dalam industri ini ada satu semangat! Semangat FIGHTER ROCKY BALBOA ITALLIAN STALLION.
rocky balboa
Jangan berniaga MLM kalau sekadar berimpian nak RM10k sebulan. Tapi harus berniaga MLM sekiranya anda nak RM100,000 sebulan.
That is why MLM industries are giving birth to new millionaires every single month.
And the funny thing is, you just have to ZERORIZE to become a millionaire in your MLM company.
Once you ZERORIZE, the system will take care of you. Just follow the system and you’re on the way to become the next success story.open-mindedness

Kenapa anda akan gagal, sekiranya anda gagal ZERORIZE?

Ok kita dah pun sampai point yang paling hangat. Semua yang saya cerita di atas semata-mata untuk preparation anda terus ZERORIZE. Itulah objective post ini.
Blog post biar tepat pada hati sanubari. Baru blog post itu berjaya dengan intipati message yang cuba nak di sampai kan.
Baca so that anda semua faham apa yang saya nak sampai kan.
Kita letak dalam satu case scenario. TRUE EVENT.
Saya ada ramai kawan kerja di TOP 10 biggest companies in Malaysia.
Petronas Oil and Gas. Maxis Berhad. Axiata Group Berhad. Sime Darby Berhad.
Executive level. Degree holder.
Training memang first-class. Pergi seminar dan worshop organized by the company. Ada juga yang training sampai ke oversea.
Over the time you move up rank slowly.
Tapi bila saya tanya GAJI kawan-kawan saya yang dah kerja almost 6 years, nak cecah RM5000 pun belum tentu.
Itu GAJI.
Belum tolak duit minyak, tol, makan, dan hutang credit card akibat lifestyle dan keinginan baju Armani Exchange.
Mereka somehow BANGGA dengan achievement mereka.
Bangga makan gaji.
Jadi soalannya.

Mula-mula tadi saya tanya. Apakah kejayaan seseorang Networker?

Kenapa perlu berlagak sombong dengan kerani dan office boy yang tiada ijazah? 
SEBAB income mereka dah sebesar gajah jauh lagi tinggi dari kau yang kononnya kerja oil and gas?
Itulah jawapannya kenapa ramai Netwoker berjaya. Jawapan berbentuk soalan.
Kerani dan office boy tak belajar tinggi pun.

Mereka hanya ZERORIZE!

Tapi dah ada rumah bunglow RM1.5 million. Kereta BMW dan Porsche Cayenne.
Mereka yang kerja kononnya executive level dan pangkat Manager lagi 10 tahun pun belum tentu boleh beli Estima. Melain kan anak orang kaya.
Sebab apa mereka tak boleh berjaya macam Networker yang berjaya?
Sebab mereka tak ZERORIZE dengan ikhlas.
Mereka bekerja atas sebab TERPAKSA menjaga hati boss.
TERPAKSA bayar hutang.
TERPAKSA buat sesuatu bukan dasar pilihan sendiri.
Bukan dari hati yang murni dan ikhlas.
Berlagak sombong, cawan penuh, cawan bocor.
Di sebab kan “EGO” dan rasa kaya seperti Qarunn tapi tak, sehingga termakan diri sendiri.

Itulah bezanya kejayaan seseorang Networker.

Kerana mereka berjaya dengan berjayanya rakan niaga dan rangkaian.
Berjayanya mereka kerana mereka sendiri yang memilih untuk berjaya bukan terpaksa.
Berjayanya mereka kerana mereka berjaya untuk percaya sistem dan culture.
Jadi ZERORIZE. Be humble. Be open mind.
Follow the culture. Follow the system.
Tak kira kerani. Office boy. Doktor. Peguam. Atau jual burger Ramli. Semuanya sama. Equal. Terbang berpasukan seperti angsa laut.
angsa laut
Sistem dalam MLM industri anda boleh memberi peluang menjadi jutawan dalam masa 1-2 tahun. Proven.
Bekerja dengan TOP Listed company in Malaysia belum tentu jadi jutawan seumur hidup.
Bezanya Networker yang berjaya, walaupun dia Doktor pakar bedah, boleh bekerja sama side-by-side dengan graduan SPM untuk mengejar Financial Freedom.
Satu matlamat. Satu impian.
Sebab itu ramai orang kampung buat MLM jadi jaguh kampung.
Bekerja makan gaji masih tetap jaguh, cuma jaguh dari pandangan boss.
Itu la EVENT yang berlaku pada ramai kawan saya.

ZERORIZE. Itu lah keyword dia.

Dalam setiap perniagaan. Mesti ada secret ingredient. Dan mereka yang nampak secret ingredient ini akan terus berjaya dengan gagahnya.
Salah satu secret ingredient dalam MLM adalah ZERORIZE.
Tengok dan lihat mereka yang sudah berjaya.
Tapi sebelum anda ikut mereka anda sendiri mesti ZERORIZE. Full stop.
Dan sekiranya anda sudah bersedia untuk ZERORIZE dan berjaya bersama LGM, now is the time.
Due to overwhelming new member application, we can only take 15 slots for each session.
But we only select from the best application.
What I mean by selecting the best application?
Ok that’s it guys. Talk to you soon.
ZERORIZE. Jangan tenggelam. Stay on track.
- See more at: http://www.leadgenerationmastery.my/kenapa-anda-akan-gagal-sekiranya-anda-gagal-zerorize/#sthash.j51c2uFN.dpuf

Tuesday, 8 July 2014

SELAWAT KE ATAS NABI SAW: KELEBIHAN & LAFAZ YANG SAHIH

SELAWAT KE ATAS NABI SAW:
KELEBIHAN & LAFAZ YANG SAHIH.

بسم الله، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد.

Definisi – Makna perkataan: “Selawat”.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات)‎), diambil dari perkataan solat (الصلاة‎) yang bererti doa atau pujian.
Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala.
Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan dari-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].
Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya dari kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا}

{Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.} [Al-Ahzab:43].
[Pamplet Selawat di: 17- Selawat Fadhilat & Kaifiat 2013. MBB
[Edisi Jawi diSelawat Sohihah 2013 -1434 - Jawi
Hukum berselawat.
Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:
1.  Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4.  Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.
Arahan Membaca Selawat
Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya berselawat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu sangat utama.
Kelebihan Selawat:
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih].
Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.
Selawat Paling Afdhal
Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak. Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah Allah Ta’ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman-Nya:

{إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا}

{Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan}. [Al-Ahzab: 56]
Ayat di atas tidak menjelaskan satu bentuk nas selawat tertentu untuk dibaca apabila seorang Muslim hendak membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi saw telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.
Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.
Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawaban kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda. Maka adalah logik untuk dikatakanlafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat.
Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:
“Apa yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.” [Fathul Bari: 11/66].
Menurut Kitab Mestika Hadis 1/259: “Dan yang seafdhal-afdhalnya ialah selawat yang biasa dibaca selepas tasyahud akhir setiap solat. Ini kerana para ulama’ telah menetapkan bahawa sesiapa yang bersumpah atau bernazar hendak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan seafdhal-afdhal selawat, tidak dihukum terlepas daripada wajib menepati sumpah atau nazarnya itu melainkan dengan membaca selawat itu.”
Maka adalah lebih baik apabila lafaz selawat ini yang diamalkan dalam membaca selawat untuk Nabi SAW, bukan lafaz-lafaz selawat susunan seseorang, meskipun bukan larangan untuk menyusun bentuk teks selawat sendiri. Selawat-selawat selain yang diajarkan oleh Nabi SAW kadang-kadang tidak terlepas dari kekeliruan, baik dalam pemilihan bahasa, mahupun –dan ini yang paling parah– kesalahan dalam akidah.
Lafaz Selawat yang sahih:
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:
1.   Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]
2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].
3.   Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

 “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]
4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]
5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]
6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].
7. Dari Abu Hurairah RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ وبَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]
8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].
o   Waktu Afdhal Berselawat
·        Masa paling afdhal dituntut berselawat ialah:
·        Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
·        Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
·        Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
·        Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
·        Di akhir qunut dalam solat.
·        Di dalam solat jenazah.
·        Ketika masuk dan keluar dari masjid.
·        Setiap waktu pagi dan petang.
·        Hari Khamis malam Jumaat.
·        Sepanjang hari Jumaat.
·        Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.
Demikianlah perbincangan ringkas tentang lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dapat dikumpulkan, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Sebagai panduan untuk beramal dengan Sunnah dan selawat yang mempunyai kekuatan sanad yang benar dan sahih daripada Nabi SAW. Wallahu a’lam.

Status Hadis: Ramadhan; Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka


Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia,penuh berkat. Perkara ini sangat jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang sahih. Perbincangan di sini ialah mengenai kedudukan hadis di bawah ini;
[أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار]
Ertinya: Bulan Ramadhan, awalnyarahmah, tengah-tengahnya maghfirahdan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.
Menurut ulama’ hadis, dalil pembahagian Ramadhan menjadi tiga inidhaif (lemah). Padahal hadis itu popular sekali di tengah bulan Ramadhan, disebut oleh penceramah dan pentazkirah.
Menurut Al-Ustaz Prof. Ali Mustafa Ya’qub, MA :
Hadis itu memang bermasalah dari segi periwayatannya. Sebenarnya hadis ini diriwayatkan tidak hanya melalui satu jalur saja, namun ada dua jalur. Sayangnya, menurut beliau, kedua jalur itu tetap saja bermasalah.Mendhaifkan
Jalur Pertama:
Salah satu jalur periwayatan hadisi ini versinya demikian:
أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-’Uqaili dalam kitab khusus tentang hadis dha’if yang berjudul ‘Adh-Dhu’afa‘. Juga diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad. Serta diriwayatkan juga oleh Ibnu ‘Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu ‘Asakir. Mereka Yang mendhaifkan
 


Adapun para muhaddis yang mempermasalahkan riwayat ini antara lain:
1. Imam As-Suyuthi.
Beliau mengatakan bahwa hadis ini dhaif (lemah periwayatannya). [Al-Jami’ Al-Saghir]
2. Syeikh Al-Albani.
Beliau mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar. Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadis munkar sebebarnya termasuk ke dalam jajaran hadis dhaif juga. Sebagai hadis munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadis matruk(semi palsu) dan maudhu’ (palsu). [Lihat: Dhaif Al-Jami’ Al-Saghir, No. 2135 “Dhaif Jiddan’]
Sementara sanadnya adalah:
1. Sallam bin Sawwar.
2. dari Maslamah bin Shalt.
3. dari Az-Zuhri.
4. dari Abu Salamah.
5. dari Abu Hurairah.
6. dari Nabi SAW.
Daripada rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah. Yaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt.
Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadis, sebagai munkarul hadis. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa hadisnya tidak boleh dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan hadisnya. Perkataan Ibnu Hibban ini disebut dalam kitab Al-Majruhin.
Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadis, hadis matruk adalah hadis yang dalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadis matruk adalah ‘adik’ kepada hadis maudhu’ (palsu).
Bezanya, kalau hadis maudhu’ itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadis matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kiranya hadis matruk itu boleh dikira semi maudhu’.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, hadis ini punya dua gelaran.
Pertama, gelarannya adalah hadis munkar kerana adanya Sallam bin Sawwar.
Gelaran kedua adalah hadis matruk kerana adanya Maslamah bin Shalt.
Wallahu a’lam bishssowab,
wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ulasan Dr. UZAR (Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman):
Jawapan yang diberi adalah benar, Hadith tersebut adalah tidak kuat dan elok tidak dijadikan bahan ceramah, atau jika ingin pun, diletakkan di hujung-hujung dan disebut jelas ia adalah hadis yang diragui.
Memang benar, terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sohihnya, tetapi beliau sendiri meraguinya apabila menyebut di awal bab itu,  إن صح الخبر
Ertinya : “Jika sohih khabar ini” ( Rujuk ibn Khuzaymah)
Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi komentar setelah membawakan hadis panjang lebar yang mengandungi maksud petikan hadis pendek tadi, berkata:-
وفي سنده من صحّح وحسن له الترمذي، لكن ضعفه غيره، ومن ثم ذكره ابن خزيمة في صحيحه وعقبه بقوله: إن صح.
Ertinya: “Tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmidzi, tetapi ia dianggap lemah orang ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya tetapi diakhiri dengan katanya:Sekiranya Sohih” (Az-Zawajir, Ibn Hajar Al-haithami, 1/384)
Tidaklah hairan mengapa para penceramah dan sebahagian ulama kerap menggunakannya, ini adalah kerana hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab Arab silam sama ada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf kekuatannya, antaranya seperti berikut:-
1) I’anah at-Tolibin, 2/255;
2) Tabyin al-haqaiq, 1/179;
3) Syarah Faidhul Qadir, 1/469;
4) Targhib wa at-tarhib, 2/58.
Apapun, yang lebih penting, banyak lagi ayat al-Quran dan hadith sohih serta hasan berkenaan puasa yang boleh dijadikan modal ceramah para penceramah.
Sebagai akhirnya, ini adalah hadis yang panjang riwayat Ibn Khuzaymah yang dikatakanjika sohih olehnya sendiri:
صحيح ابن خزيمة - باب فضائل شهر رمضان إن صح الخبر.
حدثنا علي بن حجر السعدي، ثنا يوسف بن زياد، ثنا همام بن يحيى، عن علي بن زيد بن جدعان، عن سعيد بن المسيب، عن سلمان قال: خطبنا رسول الله في آخر يوم من شعبان فقال:
« أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم، شهر مبارك، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر، جعل الله صيامه فريضة، وقيام ليله تطوعا، من تقرب فيه بخصلة من الخير، كان كمن أدى فريضة فيما سواه، ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه، وهو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة، وشهر المواساة، وشهر يزداد فيه رزق المؤمن، من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار، وكان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء»، قالوا: ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم، فقال: «يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة، أو شربة ماء، أو مذقة لبن، وهو شهر أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، من خفف عن مملوكه غفر الله له، وأعتقه من النار، واستكثروا فيه من أربع خصال(1): خصلتين(2) ترضون بهما ربكم، وخصلتين لا غنى بكم عنهما، فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم: فشهادة أن لا إله إلا الله، وتستغفرونه، وأما اللتان لا غنى بكم عنهما:
فتسألون الله الجنة، وتعوذون به من النار، ومن أشبع فيه صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
».
[(1) الخصال: جمع خصلة وهي خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة. (2) الخصلة: خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة][صحيح ابن خزيمة، 3/161و رقم: 1887. قال محقق الكتاب، الدكتور محمد مصطفى الأعظمي،: "إسناده ضعيف].
Tetapi ianya telah dikomen oleh Imam Al-‘Ayni dalam kitab ‘Umdah Al-Qari’ sebagai munkar juga. Berikut petikannya :-

ولا يصح إسناده، وفي سنده إياس. قال شيخنا: الظاهر أنه ابن أبي إياس، قال صاحب (الميزان) إياس بن أبي إياس عن سعيد بن المسيب لا يعرف، والخبر منكر.

Sekian, terima kasih. [http://www.zaharuddin.net/ 12 Ramadhan 1427H].
Komentar Pentahqiq Kitab Sahih Ibn Khuzaymah, Dr. Mohd Mustafha Al-A’Zami “Sanadnya Dhaif”.
21 Sya’ban 1430H.
AAM 1435; Penilaian Status Hadis Ramadhan 3 Bahagi; 
Rahmat, Maghfirah, bebas Neraka.
 
Penjelasan tambahan:
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah (1887), oleh Al Mahamili dalam Amaliyyah (293), Ibnu ‘Adi dalam Al Kamil Fid Dhu’afa (6/512), Al Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib (2/115)
Hadis ini didhaifkan oleh para pakar Hadis seperti Al Mundziri dalam At Targhib Wat Tarhib (2/115), juga didhaifkan oleh Syaikh Ali Hasan Al Halabi di Sifatu Shaumin Nabiy (110), bahkan dikatakan oleh Abu Hatim Ar Razi dalam Al ‘Ilal (2/50) juga Al Albani dalam Silsilah Adh Dhaifah (871) bahwa hadis ini Munkar.
Yang benar, di seluruh waktu di bulan Ramadhan terdapat rahmah, seluruhnya terdapat keampunan Allah dan seluruhnya terdapat kesempatan bagi seorang mukmin untuk terbebas dari api neraka, tidak hanya sepertiganya. Salah satu dalil yang menunjukkan hal ini adalah:
من صام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه
Orang yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari no.38, Muslim, no.760)
Dalam hadis ini, disebutkan bahwa keampunan Allah tidak dibatasi hanya pada pertengahan Ramadhan saja. Lebih jelas lagi pada hadis yang diriwayatkan oleh At Tirmizi, Rasulullah bersabda:
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ
الشَّيَاطِينُ، وَمَرَدَةُ الجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، فَلَمْ
يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، فَلَمْ يُغْلَقْ
مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ
الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
“Pada awal malam bulan Ramadhan, syaitan-syaitan dan jin-jin jahat dibelenggu, pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Pintu syurga dibuka, tidak ada satu pintu pun yang ditutup. Kemudian ada penyeru yang menyeru: ‘wahai penggemar kebaikan, ambillah sebanyak mungkin, wahai penggemar keburukan, tahanlah dirimu’.
Allah SWT memberikan pembebasan dari neraka bagi hamba-Nya. Dan itu terjadi setiap malam” (HR. At Tirmizi 682, disahihkan oleh Al Albani dalam Sahih At Tirmizi)
Adapun mengenai apa yang diyakini oleh sebahagian orang, bahwa setiap amalan sunnah kebaikan di bulan Ramadhan diganjari pahala sebagaimana amalan wajib, dan amalan wajib diganjarkan dengan 70 kali lipat pahala ibadah wajib diluar bulan Ramadhan, keyakinan ini tidaklah benar  berdasarkan hadis yang lemah ini.
Walaupun keyakinan ini tidak benar, sesungguhnya Allah ta’ala melipatgandakan pahala amalan kebaikan berlipat ganda banyaknya, terutama ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Wallahu a’lam.
[Lihat: 12 Hadits Lemah dan Palsu Seputar Ramadhan.
 
Disusun oleh:
29
Sya’ban 1435H.