Wednesday, 23 April 2014

Hidup SALAFUSSOLEH yang ANEH.


Mari kita lihat gambaran secara umum suasana masyarakat para sahabat (salafussoleh) selepas dididik oleh Rasulullah SAW. Biar saya senaraikan ciri-ciri kebaikan yang ada pada mereka, yang menjadikan mereka umat terbaik bagi seluruh zaman.
Perlu diingat bahawa kebaikan yang ada pada masyarakat para sahabat (salafussoleh) adalah kebaikan menurut Al Quran dan Sunnah, yang mungkin tidak ada nilai kebaikan pada setengah-setengah orang Islam sekarang. Memang kalau Islam tidak dipelajari dan tidak diyakini secara terperinci dan menyeluruh, corak pemikiran dan skil penilaian seseorang itu tidak akan tepat sebagaimana yang diminta oleh orang Islam itu sendiri. Satu-satunya cara penyelesaiannya ialah dengan menyelaraskan ilmu dan kefahaman Islam pada umat Islam agar ia tepat dan lurus sebagaimana yang dikehendaki oleh Al Quran dan Sunnah. Barulah nanti umat islam tidak berkrisis lagi dalam menilai sesuatu, terhadap yang baik semuanya mengatakan baik dan terhadap yang buruk semuanya mengatakan buruk.
Masyarakat para sahabat (salafussoleh) ialah masyarakat yang berjaya menerapkan konsep kehambaan (ubuddiyah) terhadap ALLAH dalam hati dan dalam kehidupan lahir mereka. Bila manusia benar-benar sedar bahawa mereka hamba ALLAH, maka manusia akan hanya bertuhankan ALLAH dan menolak apa saja selain-Nya. Ketaatan, pengabdian dan penghormatan hanya pada perintah dan undang-undang ALLAH, dan tidak pada nafsu, syaitan, manusia, dunia dan apa-apa kuasa pun selain ALLAH. Dan usaha-usaha mereka itu tidak didorong oleh apa-apa kepentingan pun selain untuk mencari keredhaan ALLAH. Masyarakat para sahabat (salafussoleh) hidup untuk berbakti. Berbakti kepada ALLAH dan kepada manusia. Tujuannya semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH dan kebahagiaan Akhirat yang kekal abadi. Inilah sukatan kebaikan mereka, yang kalau dikelaskan secara umum terbahagi kepada dua iaitu:
  1. Khidmat (bakti) kepada ALLAH.
  2. Khidmat (bakti) kepada sesama manusia.
Al Quran sendiri membagikan kebaikan itu kepada dua:
Maksudnya: Akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada kecuali yang mengadakan hubungan dengan ALLAH (hablumminallah) dan hubungan dengan manusia (hablumminannas), dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itudisebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.
(Ali Imran: 112)

KHIDMAT DENGAN ALLAH

Cinta mereka kepada ALLAH adalah seperti apa yang digambarkan oleh Al Quran. Firman-Nya:
 
Maksudnya:  Mereka yang senantiasa mengingati ALLAH semasa berdiri, duduk dan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. 
(Ali Imran: 191)
Maksudnya:  Sesungguhnya orang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut ALLAH, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. 
(Al Anfal: 2)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat Kami, ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombong diri.
(As Sajadah: 15)
Dengan hati yang begitu dekat dengan ALLAH mereka sangat ingin melakukan khidmat bakti kepada-Nya dengan cara:
 

1.     Sembahyang

Sembahyang para sahabat bukan saja sembahyang yang baik (khusyuk) tapi juga banyak. Paling kurang sembahyang mereka sehari semalam 100 rakaat. Bermacam-macam sembahyang sunat yang mereka lakukan siang dan malam. Al Quran menceritakan hal mereka:
Maksudnya:  Perut mereka jauh dari tempat tidur (mereka tidak tidur pada waktu biasa orang tidur, untuk mengerjakan sembahyang malam) sedang mereka berdoa kepada Tuhan dengan rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang Kami berikan.
(As Sajadah: 16)
Dengan hati yang cinta ALLAH mereka tidak jemu dan letih bersembahyang. Malah mereka merasa memperoleh kekuatan dengan sembahyang itu. (Bukan untuk dapat pahala atau fadhilatnya saja).

 

2.     Baca Al Quran

Masyarakat para sahabat (salaffussoleh) dapat menjadikan Al Quran sebagai bahan bacaan harian mereka. (Macam kita baca surat khabar). Bukan saja mereka dapat faham dam menghayati serta mendapat petunjuk daripada Al Quran, tapi yang aneh mereka juga dapat mengulang-ulang bacaan itu sebanyak mungkin tanpa jemu dan letih. (Kita baca surat khabar pun setakat satu pusingan saja, lepas tu tolak ke tepi). Tidak keterlaluan rasanya kita umpamakan sukanya para sahabat membaca Al Quran sebagaimana sukanya kita membaca warkah utusan daripada kekasih hati. Mereka menganggap Al Quran daripada ALLAH itu sebagai bingkisan daripada kekasih mereka, sebab itu mana mungkin mereka jemu untuk mengulangnya berkali-kali. Sesetengah mereka dapat khatam Al Quran dalam masa dua hari. Ada yang satu minggu sekali khatam. Dan rata-rata satu bulan sekali.
Mereka baca Al Quran sambil menangis malah sewaktu-waktu pingsan dan ada yang mati kerana takut dan terkejut dengan berita Al Quran. Para sahabat (salafussoleh) menganggap tidak ada bahan bacaan yang lebih penting daripada Al Quran. Tidak ada yang lebih besar, lebih luas skop ilmunya dan lebih hebat daripada Al Quran. Sesuailah dengan firman ALLAH yang menceritakan kehebatan Al Quran:
Maksudnya: Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau kerananya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (maka itulah Al Quran). Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.
(Ar Ra’d. 31)
Mereka cukup dengan Al Quran. Membaca Al Quran bermakna membaca segala-galanya dan mengetahui segala-galanya pula. (Sebab mereka faham erti dan tafsiran ayat-ayat itu). Dengan Al Quran mereka dapat mengetahui rahsia bumi, langit, dan dan Akhirat. Mereka baca bukan untuk fadhilat, berkat dan pahalanya saja, tapi lebih daripada itu. Al Quran menjadi sumber hukum, petunjuk hidup, penguat keyakinan, pendorong kesungguhan berjuang dan berjihad, penghidup fikiran dan hati, serta segala-galanya. Para sahabat benar-benar berpendidikan Al Quran dalam hidup dan tindakan mereka. Sebab itu mereka menjadi umat yang terpimpin dan senantiasa mendapat dorongan dan daya juang untuk melaksanakan kebaikan dan semua undang-undang ALLAH.
Sebab itulah sekumpulan ahli fikir Yahudi yang berazam untuk melemahkan umat Islam telah sepakat mengatakan bahawa cara yang paling berkesan untuk melumpuhkan umat Islam ialah dengan memisahkan mereka daripada Al Quran. Musuh-musuh ALLAH itu tahu bahawa selagi Kitab ALLAH dijadikan panduan dan pegangan, selama itu umat Islam tidak akan lemah dan tidak boleh dipermainkan.

 

3.     Zikrullah

Demi cinta kepada ALLAH , para sahabat (salafussoleh) sangat asyik dengan ALLAH. Rindu dan kasih cinta mereka kepada ALLAH melebihi cinta kasih kepada selainNya. Sebab itu mereka sentiasa berada dalam zikrullah (mengingati ALLAH). Mereka inilah yang ALLAH maksudkan dengan firman-Nya:
Maksudnya:  Mereka yang sentiasa mengingati ALLAH pada waktu berdiri, duduk dan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. 
(Ali Imran: 191)
Dalam apa saja keadaan mereka terkenangkan ALLAH. Tetapi mereka berzikir bukan untuk dapat fadhilat seperti hendak menjadi kebal, dapat terbang seperti burung atau berenang seperti ikan. Ibarat kita terkenang-kenang dan terbayang-bayang orang yang kita cintai. Bukankah itu tanpa satu kepentingan pun selain kerana cinta yang mendalam? Begitulah para sahabat (salafussoleh) terhadap Allah Ta’ala. Kerana mereka sangat kenal ALLAH, nampak kehebatan-Nya dan terasa benar kebaikan dan jasa bakti-Nya, maka lahirlah cinta suci kepada-Nya. Allah Ta’ala sebagai membalas ingatan hamba-Nya, telah menjanjikan sesuatu yang sangat mahal.
Firman-Nya:
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, dengan mengingati ALLAH itu hati menjadi tenang.
(Ar Ra’d: 28)
Dan para sahabat (salafussoleh) telah memperoleh apa yang ALLAH janjikan itu. Dengan banyak mengingati ALLAH, ALLAH mempermudahkan urusan hidup lahir batin mereka yang kerana itu mereka memperolehi ketenangan hidup (ketenangan hati) dan dapat membentuk masyarakat yang tenang serta aman. Firman ALLAH:
Maksudnya:  Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” 
(Ibrahim: 7)
Selain itu zikrullah juga boleh menggilap hati (melembutkan hati). Dengan zikrullah, kita mengikis segala mazmumah yang berkarat di jiwa. Bila berzikir, kita memasukkan mahmudah dan membuang segala mazmumah (penyakit hati) seperti hasad dengki, sombong, bakhil, tamak, gila dunia, dendam, penakut, riak, ujub, pemarah dan lain-lain. Dengan ‘pil’ zikir, nafsu jadi lemah dan syaitan akan lari. Sebab itu masyarakat yang kuat berzikir ialah masyarakat yang aman daripada gangguan mazmumah, nafsu dan syaitan. Mereka hidup bersama hati yang bersih (sufi) dalam keadaan saling berbaik-baik dan timbang rasa. Sebab itu para sahabat selamat daripada maksiat dan mungkar.

 

4.     Puasa

Para sahabat (salafussoleh) adalah orang-orang yang tidak takut dan bimbang dengan puasa-puasa sunat apalagi wajib. Mereka tidak merasa rugi atau letih dengan berpuasa malah mereka rasa bersyukur kerana dapat menundukkan nafsu semata-mata mencari keredhaan ALLAH. Dengan itu mereka rasa lebih khusyuk dan bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah dan kerja-kerja harian.
Sebagian para sahabat (salafussoleh) ada yang berpuasa seperti puasa Nabi Daud a.s, satu hari berpuasa satu hari berbuka. Ada yang berpuasa dua hari dalam seminggu, Senin dan Khamis. Ada yang membanyakkan puasa pada bulan-bulan baik seperti Rejab, Syaaban dan Syawal. Paling kurang dari mereka berpuasa tiga hari sebulan, Pada awal, pertengahan dan hujung bulan.
Masyarakat yang ahlinya rajin berpuasa ialah masyarakat yang kuat mujahadah dengan kerakusan nafsu dan kegilaan terhadap dunia. Bila kerakusan nafsu dan kegilaan terhadap dunia dapat dilemahkan, manusia tidak akan bercakaran dan berkrisis lagi. Mereka akan tenang dan aman daripada perebutan dan perlumbaan untuk saling menjatuhkan. Inilah caranya masyarakat para sahabat (salafussoleh) dapat menegakkan kebaikan (makrufat) di kalangan mereka.

 

5.     Berjuang dan berjihad

Masyarakat para sahabat (salafussoleh) adalah masyarakat yang bekerja siang dan malam untuk ALLAH. Malam beribadah (sembahyang, zikir dan baca Al Quran) dan siangnya bergelanggang di tengah manusia untuk mengembangkan Islam, mentadbir masyarakat serta mengendalikan kehidupan secara islam.
“Beribadah waktu malam, berjuang pada waktu siang.”
Orang yang dikatakan asyik dengan ALLAH itu bukanlah orang yang sepanjang masa duduk di masjid, surau dan pondok. Para sahabat (salafussoleh) membagikan masa mereka untuk khidmat kepada ALLAH dalam berbagai-bagai bentuk. Seperti sembahyang, berjuang juga adalah satu bentuk pengabdian dan pengorbanan untuk ALLAH. Sebab kedua-duanya adalah perintah ALLAH. Oleh itu para sahabat tidak melebihkan yang satu daripada yang lain, tidak sembahyang saja dan tidak berjuang saja. Dalam mengerjakan sembahyang, mereka tidak mengharap apa-apa selain untuk berbakti kepada ALLAH. Begitu juga dalam berjuang mereka tidak mengharap kepentingan apa-apa melainkan untuk berkhidmat kepada Allah Ta’ala.
Mereka berjuang sepanjang masa tanpa cuti, bukan secara sambilan. Mereka mencari keredhaan Allah Ta’ala dengan memperjuangkan agama Allah Ta’ala dalam bentuk dakwah dan langsung ke medan perang. Sasaran perjuangan ialah manusia, agar seluruh manusia di dunia menyembah Allah Ta’ala dan mengikut syari’at islam. Kerana itu mereka tidak sayang untuk korbankan diri, masa, harta benda dan kaum keluarga serta kampung halaman. Kira-kira 2/3 daripada sahabat Rasulullah dimaqamkan di luar Semenanjung Tanah Arab. Ertinya mereka meninggalkan rumahtangga dan kaum kerabat untuk memperjuangkan agama Allah di tempat-tempat lain, hingga akhirnya mereka berkubur di merata tempat. Islamnya orang-orang Cina di Negeri China adalah kerana perjuangan Saad Abi Waqas, Qutaibah bin Muslim, dan Abdullah Al Bahili.
Demikian jadwal dan perancangan para sahabat (salafussoleh) dalam mengisi hidup yang sementara di dunia. Pekerjaan utama ialah menjadi hamba kepada ALLAH, yakni berkhidmat untuk agama ALLAH manakala kerja-kerja untuk duit, untuk perut dan untuk dunia hanyalah sampingan atau part-time.
Dengan sikap dan pandangan begitu, masyarakat para sahabat (salafussoleh) menjadi masyarakat yang terkawal, bukan oleh polis, tetapi oleh rasa keimanan kepada ALLAH dan sesama mereka yang bertanggungjawab memperkatakan dan menegakkan kebaikan walau di mana dan kapanpun. Masyarakat yang berjuang ialah masyarakat yang memelihara bangsa dan agama daripada tercemar oleh pengaruh luar dan maksiat. Sebab itu para sahabat (salafussoleh) berjaya mempertahankan kebaikan umat dan kurang berkrisis.
Itulah sebagian daripada sifat-sifat atau kebaikan-kebaikan masyarakat para sahabat (salafussoleh) dalam konteks hubungan dengan ALLAH. Banyak lagi sifat baik pada diri mereka sebenarnya seperti zuhud, warak, taat, patuh, tawadhuk, berbaik sangka, membesarkan Akhirat dan lain-lain akhlak lahir dan batin yang tinggi lagi mulia. Dengan sifat-sifat itulah mereka dapat menjadi umat contoh sepanjang zaman.

 

KHIDMAT DENGAN MASYARAKAT (MANUSIA)

ALLAH berfirman:
Maksudnya: Akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada kecuali yang mengadakan hubungan dengan ALLAH (hablumminallah) dan hubungan dengan manusia (hablumminannas), dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itudisebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.
(Ali Imran: 112)
Demikianlah sebenarnya ALLAH mengatur satu sistem kehidupan yang menjamin keselamatan di dunia dan Akhirat. Menyimpang daripada kaedah ini bererti memilih kehinaan di dunia dan Akhirat. Ertinya Islam meminta umatnya setiap masa hidup menghubungkan diri dengan ALLAH dan juga dengan sesama manusia. Mencuaikan salah satu atau kedua-duanya sekaligus bererti menempah kehinaan di mana-mana.
Demikianlah masyarakat para sahabat (salafussoleh) yang kerana faham ajaran Islam dan kerana ketaatan pada Al Quran, tidak mencuaikan urusan-urusan kemasyarakatan, sekalipun mereka sibuk beribadah kepada ALLAH. Sembahyang, zikir, baca Al Quran dan puasa tidak menghalang mereka daripada berjuang membangunkan urusan masyarakat. Malah sebenarnya kekuatan dan kesungguhan untuk memperjuangkan nasib masyarakat diperolehi daripada iman, sembahyang, zikir dan puasa mereka. Sesuailah dengan perintah Rasulullah SAW:
Maksudnya:  Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
(Riwayat: Ibnu ‘Asakir)
Di antara khidmat-khidmat masyarakat yang mereka perjuangkan ialah:

 

1.     Pendidikan

Umat Islam pada zaman para sahabat (salafussoleh) merupakan pencinta-pencinta ilmu dan pengkaji-pengkaji yang menguasai bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan seluruh manusia pada zaman itu. Pada zaman merekalah ilmu itu berkembang kepada berbagai-bagai bidang seperti ilmu hisab, ilmu falak, ilmu kimia, ilmu pengobatan, ilmu binaan dan lain-lain yang perlu untuk pembangunan lahiriah masyarakat (ilmu fardhu kifayah). Di samping itu lahimya ahli-ahli fiqih, hadits, usuluddin, tafsir, sejarah dan ahli-ahli falsafah yang terkenal ke seluruh dunia hari ini. Masyarakat para sahabat (salafussoleh), karana mencintai ilmu pengetahuan, telah membenarkan ulama’-ulama’ mereka sepenuh masa dengan tugas-tugas pelajaran dan pendidikan, tanpa perlu mencari nafkah hidup. Sebab masyarakat menyumbangkan harta yang banyak kepada baitul mal yang kemudian menjadi sumber ekonomi bagi pejuang-pejuang ilmu seluruhnya. Dengan itu, ulama dan ahli ilmu sibuk mengajar, mengumpul dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
Yang tinggal dan kita banggakan hanyalah serangkap kata oleh musuh untuk mengenang jasa besar para sahabat (salafussoleh):
“Kita berterima kasih kepada Islam kerana memulai penerokaan di bidang ilmu pengetahuan yang mana kami tinggal meneruskan saja.”

 

2.     Ekonomi

Pembangunan duniawi tentulah tidak berkembamg tanpa kekuatan ekonomi. Masyarakat manapun juga kalau mau menegakkan dan mengukuhkan masyarakat mesti memikirkan dan merangkakan satu sistem ekonomi yang kemas dan berkesan. Begitulah halnya dengan masyarakat para sahabat (salaffussoleh). Sistem ekonomi mereka adalah sistem yang lahir dari hati yang luhur, yang beriman, yang cinta Akhirat dan yang rela miskin di dunia kerana merebut kekayaan di Akhirat. Mereka berjaya menegakkan satu sistem ekonomi yang cukup bersih, yang tidak mampu lagt ditegakkan oleh ahli-ahli ekonomi seluruh dunia hari ini.
Yang menjadi bank kepada masyarakat para sahabat (salafussoleh) bukanlah institusi-institusi keuangan kerajaan atau badan-badan swasta yang kaya raya (yang mau melebihkan kekayaan mereka melalui perputaran uang orang-orang kaya, manakala orang miskin tidak perhitungkan dalam kaidah percaturan ekonomi mereka). Juga, bank-bank para sahabat (salafussoleh) bukanlah bangunan gagah perkasa yang terletak di pekan-pekan besar dengan megahnya. Tapi masyarakat para sahabat (salafussoleh) berjaya menjadikan tiap-tiap individu mereka yang kaya, sebagai ‘bank’ kepada masyarakatnya. Dan rumah-rumah mereka itulah yang menjadi tempat proses perputaran dan penggunaan uang mereka. Ertinya kalau waktu itu ada seratus orang kaya maka seratus buah banklah yang ada. Kalau ada seribu orang kaya, seribu buah banklah yang ada, bertempat di berbagai kampung dan bandar yang ada manusia.
Tujuan bank mereka pun bukan untuk menyimpan duit orang berada, memberi pinjaman dengan cagaran dan mengenakan kadar bayaran kembali yang berganda-ganda. Bank-bank para sahabat (salafussoleh) ialah bank yang akan mengeluarkan uang untuk keperluan umat islam yang miskin, untuk membangunkan apa-apa kepentingan pada masyarakat serta untuk tabung jihad fisabilillah. Ertinya bank bukan untuk menyimpan duit tapi untuk mengeluarkan duit. Bank bukan menjaga kepentingan individu tetapi menjaga kepentingan masyarakat dan agama. Kapanpun orang miskin boleh pergi ke ‘bank’ untuk mendapatkan duit, tanpa pinjaman atau cagaran. Bila-bila juga masyarakat perlukan uang, bank-bank senantiasa terbuka untuk mengisi keperluan itu.
Masyarakat para sahabat (salafussoleh) tidak perlu membuat hubungan dan kerjasama ekonomi dengan orang kafir untuk menampung keuangan mereka. Apalagi untuk berhutang dan mengadu nasib kepada musuh-musuh ALLAH. Harga diri umat islam dan peraturan (undang-undang) ALLAH lebih mahal daripada duit yang diambil daripada orang kafir. Sebab itu masyarakat para sahabat (salafussoleh) berdiri sendiri malah bisa juga memayungi masyarakat lain melalui sistem ekonomi yang ditunjukkan oleh islam.
Sebenarnya dalam masyarakat manapun ada orang kaya dan ada orang miskin. Tidak ada rasanya di dunia ini satu masyarakat yang anggotanya semua miskin atau semua kaya-kaya. Sebagaimana tidak ada satu masyarakat yang semua anggotanya cantik, pandai dan sempurna belaka. Selalunya ada yang cantik, ada yang hodoh, ada yang pandai, ada yang bodoh ada yang sempurna dan ada yang cacat. Itulah sunnatullah, sebagaimana firman-Nya:
Maksudnya:  ALLAH-lah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang la kehendaki dan menyempitkannya bagi siapa yang la kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).
 
(Ar Ra’d: 26) 
Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. 
(Al Hujurat: 13)
Kalaulah manusia hanya terdiri dari satu bangsa, bagaimana lagi kita bisa menyaksikan berbagai ragamnya dunia ini? Atau kalau manusia setaraf semuanya, dengan cara apa untuk kita saling berhubungan?
Tujuan ALLAH jadikan kedudukan miskin kaya misalnya, ialah supaya manusia dapat membina hubungan persaudaraan melalui saling memberi dan menerima antara mereka. Yang kaya memberi kepada yang miskin. Perintah agar rezeki pemberian ALLAH (kepada orang kaya) itu dibelanjakan terdapat banyak sekali dalam Al Quran malah di awal-awalnya. Firman-Nya:
Maksudnya: Kitab ini (Al Quran) tidak syak lagi ianya sebagai petunjuk pada orang yang bertaqwa. Iaitu mereka yang beriman dengan yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan yang membelanjakan apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
(Al Baqarah: 2-3)
Sesudah beriman, dan mengerjakan sembahyang, orang yang bertaqwa itu membelanjakan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada mereka di jalan yang ALLAH perintahkan. Ertinya, orang yang bersembahyang dan yang beriman itu orang yang pemurah, yang lebih suka memberi daripada menerima. Kerana cinta kepada ALLAH, membesarkan Akhirat dan saling berkasih sayang antara sesama manusa, mereka tidak menyimpan harta tapi membelanjakannya kerana ALLAH, untuk simpanan Akhirat. Demikianlah para sahabat (salafussoleh). Kerana dorongan iman yang kuat, mereka menjadi orang yang suka memberi, sanggup susah kerana orang lain dan menjaga kepentingan masyarakat dan agama lebih daripada kepentingan sendiri. Pada waktu-waktu ujian kelaparan melanda mereka, semua mau menjadi orang yang mula-mula kelaparan, kerana menjaga kepentingan saudara yang lain. Manakala bila rezeki datang pada mereka, mereka semua rela menjadi orang yang terakhir merasa kenyang, juga kerana memikirkan keselamatan saudara yang lain.
Bila dikatakan orang kaya memberi, tidak bermakna orang miskinnya gelojoh pula menerima dan meminta-minta. Kerana iman juga, orang miskin pada zaman para sahabat (salafussoleh) bersikap redha, sabar dan tenang dalam kemiskinan. Kerana iman, mereka yakin dan berharap untuk kaya di Akhirat. Sebab itu sebagian mereka sengaja menempah miskin sekalipun peluang untuk kaya itu terbuka. Dengan manusia-manusia yang berhati begitu, kerajaan para sahabat (salafussoleh) tidak m‡nghadapi kesulitan untuk mentadbir negara dan masyaraka mereka. Malah keutuhan ekonomi mereka memaksa orang kafir di zamannya menyandar nasib kepada orang Islam. Para sahabat (salafussoleh) menjadi tuan kepada manusia-manusia lain di seluruh dunia waktu itu. Dan martabat setinggi itu datang daripada kekuatan yang bersumberkan iman dan ibadah yang sungguh-sungguh kepada Allah Ta’ala.

 

3.     Tugas Kewanitaan

Wanita zaman para sahabat (salaffussoleh) jauh berbeza dengan wanita abad 20-an ini. Selain mempunyai aqidah yang kuat, tindakan serta sikap hidup mereka juga selaras dengan syari’at islam. Mereka lebih mencintai akhirat daripada dunia, dan sangat taat kepada ALLAH dan Rasul. Atas dasar itu wanita-wanita zaman para sahabat (salafussoleh) lebih suka berkhidmat mencari keredhaan ALLAH daripada mencari keuntungan duniawi. Mereka sanggup mengurung diri di rumah, berkhidmat untuk suami dan anak-anak di samping menguatkan ibadah yang mendekatkan diri dengan Allah Ta’ala. Bukan mereka tidak tahu atau tidak mampu bergelanggang di luar rumah tapi kerana ALLAH dan Rasul memerintahkan mereka senantiasa di rumah, maka mereka taat dan patuh. Mereka tidak berfikir panjang untuk mentaati ALLAH dan Rasul. Untung atau rugi dipulangkan saja kepada ALLAH. Iman mendorong mereka mengutamakan kehendak ALLAH dan Rasul daripada kehendak-kehendak diri atau orang lain. Iman menjadikan mereka merasa bahawa berkhidmat kepada suami dan anak-anak itu lebih utama daripada berkhidmat kepada selainnya. Iman juga membuat mereka memandang pahala lebih mahal daripada harta dunia.
Kalaulah seluruh tenaga dan kemampuan wanita diarahkan untuk tugas-tugas kemasyarakatan (di luar rumah), hingga tugas-tugas keibuan dan menjaga rumahtangga dijadikan tugas sampingan, untuk apa perkawinan digalakkan? Apakah perkawinan hanya bermaksud untuk menghalalkan seks tanpa kepentingan apa-apa selain itu? Barangkali bagi umat islam hari ini, jawabannya memang ya! Tapi tidak bagi masyarakat para sahabat (salafussoleh). Perkawinan bagi mereka bukan sekedar untuk melepaskan ketegangan nafsu tapi, lebih penting daripada itu, untuk menjunjung dan melaksanakan Sunnah Rasulullah SAW.
Malah kemahuan seks itu sendiri hanya ‘alat’ dalam proses meramaikan umat di bumi ini. Jadi memikirkan perkawinan sekaligus memikirkan anak-anak, keperluan, kasih sayang, pendidikan, dan nasib mereka di dunia dan Akhirat. Tugas ini berat dan mesti dihadapi sungguh-sungguh dan penuh bijaksana. Inilah tugas ibu (wanita). Bukan tugas pembantu. ALLAH menggalakkan ibu bersungguh-sungguh dalam tugas menjaga dan mendidik anak-anak ini dengan menjanjikan pahala yang cukup besar. Berkawin juga bukan sekedar berkawan, sebaliknya membina dan menghubungkan ikatan jiwa yang abadi untuk kebahagiaan di dunia dan Akhirat. Ini tidak mudah untuk dilaksanakan. Isteri punya kerja dan tugas yang banyak dan berat dalam hal ini. Sebab itu si isteri disuruh sepenuh masa dalam tugas-tugas sebagai isteri. Dan pahala untuk tugas ini sama besarnya dengan pahala suami yang berjuang di luar rumah. Demikian pandangan Islam.
Wanita zaman para sahabat (salafussoleh), kerana faham dan yakin dengan perintah ALLAH dan Rasul, gigih memperjuangkan tugas-tugas kewanitaan mereka. Mereka menentang keras gerakan membebaskan wanita (Women’s Lib) daripada tugas asal mereka itu. Mereka tidak ghairah kerja di luar kerana kalaupun dapat bayaran (upah) tinggi tapi itu tidak ada nilai di sisi ALLAH. Untuk apa dikorbankan hidup untuk sesuatu yang akan ditinggalkan malah yang akan membebani kehidupan di Akhirat?

 

4.     Kemudahan pemusafir

Masyarakat para sahabat (salafussoleh) sangat memikirkan kepentingan bersama umat Islam. Pada zaman mereka, di mana-mana saja disediakan rumah musafir dan perigi musafir yang diwakafkan oleh orang-orang yang mampu. Jadi, waktu itu tidak ada musafir yang terbiar. Mereka senantiasa menjadi tetamu di mana saja mereka sampai.
Demikianlah Islam dan umatnya memberi keselamatan kepada manusia, khusus kepada sesama Islam. Tidak berlaku dalam masyarakat Islam penganiayaan terhadap manusia lain. Sebaliknya di mana-mana juga masyarakat Islam membela dan memberi kemudahan kepada saudara se-Islam.
Itulah sebagian gambaran kehidupan masyarakat para sahabat (salafussoleh). Masyarakat didikan Rasulullah dan para sahabat. Masyarakat yang cinta ALLAH dan membesarkan Akhirat lebih daripada dunia. Dengan hati yang sufi (bersih daripada segala mazmumah), terbinalah satu sistem masyarakat dan negara yang benar-benar aman dan makmur. Firman ALLAH:
Maksudnya: Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya.Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
(Saba’: 15)
Sistem politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pengobatan, perhubungan dan segala yang mereka tegakkan, bersih daripada segala bentuk mungkar dan maksiat. Asas atau dasar bagi semua sistem ini ialah iman yang kuat. Para sahabat (salafussoleh) tidak memulai pembangunan masyarakat berdasarkan ekonomi yang teguh atau politik atau ibadah atau pendidikan atau lain-lainnya, tetapi memulainya dengan menanam iman ke dalam hati setiap anggota masyarakat. Dengan iman, akan lahirlah segala bentuk akhlak dan kehidupan yang telah dipaparkan di atas.

Tuesday, 22 April 2014

HADIS SAHIH MENGENAI DAJJAL

 

Gambaran Dajjal Bermata Satu
 Dajjal Pasti akan muncul dan menjadi Ujian yang besar untuk Umat Manusia. Jom kita bongkar Hadis Sahih Berkenaan Dajjal Si Pendusta Ini.


عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الْأَعْوَرَ الْكَذَّابَ أَلَا إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَمَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ
 ك ف ر
 
Dari Qatadah, beliau mendengar daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa". Hadis riwayat Muslim
 عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى جُفَالُ الشَّعَرِ مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
Dari Huzaifah, Rasulullah SAW telah bersabda ; Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka. Hadis riwayat Muslim
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ الدَّجَّالِ حَدِيثًا مَا حَدَّثَهُ نَبِيٌّ قَوْمَهُ إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّهُ يَجِيءُ مَعَهُ مِثْلُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ فَالَّتِي يَقُولُ إِنَّهَا الْجَنَّةُ هِيَ النَّارُ وَإِنِّي أَنْذَرْتُكُمْ بِهِ كَمَا أَنْذَرَ بِهِ نُوحٌ قَوْمَهُ
Dari Abu Salmah, beliau mendengar daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Mahukah kamu sekiranya aku menerangkan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya. Hadis riwayat Muslim
عَنْ صَالِحٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ قَالَ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا حَدِيثًا طَوِيلًا عَنْ الدَّجَّالِ فَكَانَ فِيمَا حَدَّثَنَا قَالَ يَأْتِي وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ أَنْ يَدْخُلَ نِقَابَ الْمَدِينَةِ فَيَنْتَهِي إِلَى بَعْضِ السِّبَاخِ الَّتِي تَلِي الْمَدِينَةَ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ يَوْمَئِذٍ رَجُلٌ هُوَ خَيْرُ النَّاسِ أَوْ مِنْ خَيْرِ النَّاسِ فَيَقُولُ لَهُ أَشْهَدُ أَنَّكَ الدَّجَّالُ الَّذِي حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَهُ فَيَقُولُ الدَّجَّالُ أَرَأَيْتُمْ إِنْ قَتَلْتُ هَذَا ثُمَّ أَحْيَيْتُهُ أَتَشُكُّونَ فِي الْأَمْرِ فَيَقُولُونَ لَا قَالَ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يُحْيِيهِ فَيَقُولُ حِينَ يُحْيِيهِ وَاللَّهِ مَا كُنْتُ فِيكَ قَطُّ أَشَدَّ بَصِيرَةً مِنِّي الْآنَ قَالَ فَيُرِيدُ الدَّجَّالُ أَنْ يَقْتُلَهُ فَلَا يُسَلَّطُ عَلَيْهِ
Abu Said Al-Khudri RA, ia berkata: Suatu hari Rasulullah SAW pernah bercerita kepada kami suatu cerita panjang tentang Dajjal. Di antara yang beliau ceritakan kepada kami adalah: Ia akan datang tetapi ia diharamkan memasuki jalan-jalan Madinah, kemudian ia tiba di tanah lapang tandus yang berada di dekat Madinah. Lalu pada hari itu keluarlah seorang lelaki yang terbaik di antara manusia atau termasuk manusia terbaik menemuinya dan berkata: Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah SAW kepada kami. Dajjal berkata: Bagaimana pendapat kalian jika aku membunuh orang ini lalu menghidupkannya lagi, apakah kamu masih meragukan perihalku? Mereka berkata: Tidak! Maka Dajjal membunuhnya lalu menghidupkannya kembali. Ketika telah dihidupkan, lelaki itu berkata: Demi Allah, aku sekarang lebih yakin tentang dirimu dari sebelumnya. Maka Dajjal itu hendak membunuhnya kembali, namun ia tidak kuasa melakukannya. Hadis riwayat Muslim
عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ مَا سَأَلَ أَحَدٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الدَّجَّالِ أَكْثَرَ مِمَّا سَأَلْتُ قَالَ وَمَا يُنْصِبُكَ مِنْهُ إِنَّهُ لَا يَضُرُّكَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّ مَعَهُ الطَّعَامَ وَالْأَنْهَارَ قَالَ هُوَ أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنْ ذَلِكَ
Mughirah bin Syu`bah RA, ia berkata: Tidak ada seorang yang bertanya kepada Nabi SAW tentang Dajjal lebih banyak dari apa yang aku tanyakan. Beliau bersabda: Kenapa kamu bersusah-payah menanyakan hal itu? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, mereka mengatakan bahwa Dajjal itu membawa makanan dan sungai? Beliau menjawab: Perkaranya lebih ringan di hadapan Allah dari itu. Hadis riwayat Muslim
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ
Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَخْبَرَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ أَخْبَرَهُ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ انْطَلَقَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَهْطٍ قِبَلَ ابْنِ صَيَّادٍ حَتَّى وَجَدَهُ يَلْعَبُ مَعَ الصِّبْيَانِ عِنْدَ أُطُمِ بَنِي مَغَالَةَ وَقَدْ قَارَبَ ابْنُ صَيَّادٍ يَوْمَئِذٍ الْحُلُمَ فَلَمْ يَشْعُرْ حَتَّى ضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ظَهْرَهُ بِيَدِهِ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِابْنِ صَيَّادٍ أَتَشْهَدُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَنَظَرَ إِلَيْهِ ابْنُ صَيَّادٍ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ الْأُمِّيِّينَ فَقَالَ ابْنُ صَيَّادٍ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْهَدُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَرَفَضَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ آمَنْتُ بِاللَّهِ وَبِرُسُلِهِ ثُمَّ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاذَا تَرَى قَالَ ابْنُ صَيَّادٍ يَأْتِينِي صَادِقٌ وَكَاذِبٌ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُلِّطَ عَلَيْكَ الْأَمْرُ ثُمَّ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي قَدْ خَبَأْتُ لَكَ خَبِيئًا فَقَالَ ابْنُ صَيَّادٍ هُوَ الدُّخُّ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْسَأْ فَلَنْ تَعْدُوَ قَدْرَكَ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ ذَرْنِي يَا رَسُولَ اللَّهِ أَضْرِبْ عُنُقَهُ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ يَكُنْهُ فَلَنْ تُسَلَّطَ عَلَيْهِ وَإِنْ لَمْ يَكُنْهُ فَلَا خَيْرَ لَكَ فِي قَتْلِهِ وَقَالَ سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ يَقُولُ انْطَلَقَ بَعْدَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ الْأَنْصَارِيُّ إِلَى النَّخْلِ الَّتِي فِيهَا ابْنُ صَيَّادٍ حَتَّى إِذَا دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّخْلَ طَفِقَ يَتَّقِي بِجُذُوعِ النَّخْلِ وَهُوَ يَخْتِلُ أَنْ يَسْمَعَ مِنْ ابْنِ صَيَّادٍ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ يَرَاهُ ابْنُ صَيَّادٍ فَرَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُضْطَجِعٌ عَلَى فِرَاشٍ فِي قَطِيفَةٍ لَهُ فِيهَا زَمْزَمَةٌ فَرَأَتْ أُمُّ ابْنِ صَيَّادٍ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَتَّقِي بِجُذُوعِ النَّخْلِ فَقَالَتْ لِابْنِ صَيَّادٍ يَا صَافِ وَهُوَ اسْمُ ابْنِ صَيَّادٍ هَذَا مُحَمَّدٌ فَثَارَ ابْنُ صَيَّادٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكَتْهُ بَيَّنَ قَالَ سَالِمٌ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّاسِ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ثُمَّ ذَكَرَ الدَّجَّالَ فَقَالَ إِنِّي لَأُنْذِرُكُمُوهُ مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ لَقَدْ أَنْذَرَهُ نُوحٌ قَوْمَهُ وَلَكِنْ أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلًا لَمْ يَقُلْهُ نَبِيٌّ لِقَوْمِهِ تَعَلَّمُوا أَنَّهُ أَعْوَرُ وَأَنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَر
Dari Salim bin Abdullah, beliau telah diberitahu oleh Abdullah bin Umar RA:  Bahwa Umar bin Khathab pergi bersama Rasulullah SAW dalam suatu rombongan menuju tempat Ibnu Shayyad dan menjumpainya sedang bermain dengan anak-anak kecil di dekat gedung Bani Maghalah, sedangkan pada waktu itu Ibnu Shayyad sudah mendekati usia baligh. Ia tidak merasa kalau ada Nabi SAW sehingga beliau menepuk punggungnya lalu Nabi berkata kepada Ibnu Shayyad: Apakah kamu bersaksi bahwa aku ini utusan Allah? Ibnu Shayyad memandang beliau lalu berkata: Aku bersaksi bahwa engkau adalah utusan orang-orang yang buta huruf. Lalu Ibnu Shayyad balik bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah engkau bersaksi bahwa aku utusan Allah? Beliau menolaknya dan bersabda: Aku beriman kepada Allah dan para rasul-Nya. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: Apa yang kamu lihat? Ibnu Shayyad berkata: Aku didatangi orang yang jujur dan pendusta. Maka Rasulullah SAW bersabda: Perkara ini telah menjadi kabur bagimu. Lalu Rasulullah melanjutkan: Aku menyembunyikan sesuatu untukmu. Ibnu Shayyad berkata: Asap. Beliau bersabda: Pergilah kau orang yang hina! Kamu tidak akan melewati derajatmu! Umar bin Khathab berkata: Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal lehernya! Beliau bersabda: Kalau dia Dajjal, dia tidak akan dapat dikalahkan, kalau bukan maka tidak ada baiknya kamu membunuh dia. Salim bin Abdullah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Umar berkata: Sesudah demikian, Rasulullah dan Ubay bin Kaab Al-Anshari pergi menuju ke kebun kurma di mana terdapat Ibnu Shayyad. Setelah masuk ke kebun beliau segera berlindung di balik batang pohon kurma mencari kelengahan untuk mendengarkan sesuatu yang dikatakan Ibnu Shayyad sebelum Ibnu Shayyad melihat beliau. Maka Rasulullah SAW dapat melihat ia sedang berbaring di atas tikar kasar sambil mengeluarkan suara yang tidak dapat dipahami. Tiba-tiba ibu Ibnu Shayyad melihat Rasulullah SAW yang sedang bersembunyi di balik batang pohon kurma lalu menyapa Ibnu Shayyad: Hai Shaaf, (nama panggilan Ibnu Shayyad), ini ada Muhammad! Lalu bangunlah Ibnu Shayyad. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Seandainya ibunya membiarkannya, maka akan jelaslah perkara dia. Diceritakan oleh Salim, bahwa Abdullah bin Umar berkata: Maka Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah orang banyak lalu memuji Allah dengan apa yang layak bagi-Nya kemudian menyebut Dajjal seraya bersabda: Sungguh aku peringatkan kamu darinya dan tiada seorang nabi pun kecuali pasti memperingatkan kaumnya dari Dajjal tersebut. Nabi Nuh as. telah memperingatkan kaumnya, tetapi aku terangkan kepadamu sesuatu yang belum pernah diterangkan nabi-nabi kepada kaumnya. Ketahuilah, Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Luhur tidak buta. Hadis riwayat Muslim
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ صَحِبْتُ ابْنَ صَائِدٍ إِلَى مَكَّةَ فَقَالَ لِي أَمَا قَدْ لَقِيتُ مِنْ النَّاسِ يَزْعُمُونَ أَنِّي الدَّجَّالُ أَلَسْتَ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّهُ لَا يُولَدُ لَهُ قَالَ قُلْتُ بَلَى قَالَ فَقَدْ وُلِدَ لِي أَوَلَيْسَ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ وَلَا مَكَّةَ قُلْتُ بَلَى قَالَ فَقَدْ وُلِدْتُ بِالْمَدِينَةِ وَهَذَا أَنَا أُرِيدُ مَكَّةَ قَالَ ثُمَّ قَالَ لِي فِي آخِرِ قَوْلِهِ أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ مَوْلِدَهُ وَمَكَانَهُ وَأَيْنَ هُوَ قَالَ فَلَبَسَنِي
Dari Abu Said Al-Khudri RA, ia berkata: Aku menemani Ibnu Shaid pergi ke Mekah, ia berkata kepadaku: Aku telah bertemu dengan beberapa orang yang menganggap bahwa aku adalah seorang Dajjal. Apakah kamu pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu tidak mempunyai anak. Aku jawab: Ya! Ia berkata lagi: Dan aku telah mempunyai anak. Bukankah kamu telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Dajjal itu tidak akan memasuki Madinah dan Mekah. Aku menjawab: Ya! Ia berkata lagi: Dan aku telah dilahirkan di Madinah dan sekarang aku sedang menuju ke Mekah. Kemudian di akhir pertanyaannya dia berkata kepadaku: Demi Allah, sesungguhnya aku tahu waktu kelahirannya, tempatnya dan di mana dia. Ia berkata: Ia telah mengaburkanku tentang perkara itu. Hadis riwayat Muslim
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ رَأَيْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَحْلِفُ بِاللَّهِ أَنَّ ابْنَ صَائِدٍ الدَّجَّالُ فَقُلْتُ أَتَحْلِفُ بِاللَّهِ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ عُمَرَ يَحْلِفُ عَلَى ذَلِكَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُنْكِرْهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Muhammad Al-Munkadir ia berkata: Aku melihat Jabir bin Abdullah bersumpah demi Allah bahwa Ibnu Shaid adalah seorang Dajjal, maka aku bertanya: Kenapa kamu bersumpah demi Allah? Dia menjawab: Aku mendengar Umar bersumpah tentang hal itu di hadapan Nabi SAW dan beliau tidak mengingkarinya. Hadis riwayat Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ قَرِيبٌ مِنْ ثَلَاثِينَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA: Dari Nabi SAW, beliau bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta yang berjumlah sekitar tiga puluh, semuanya mengaku bahwa ia adalah utusan Allah. Hadis riwayat Muslim
 Sumber: http://tayibah.com/eIslam/dajjal3.htm

Dajjal Dah Nak Muncul Sangat



ZAMAN KEMUNCULAN DAJJAL - KEBANGKITANNYA SUDAH SANGAT HAMPIR

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yang diangkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang ditangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal, ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang dikenali dengan "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin.

Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walaubagaimanapun, kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

KEMUNCULAN DAJJAL SUDAH SANGAT HAMPIR
KEMUNCULAN DAJJAL SUDAH SANGAT HAMPIR

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perwatakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:

Seorang yang kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.

Dan tandanya yang paling kertara sekali ada dua:

Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab "Shahih Muslim", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku).

Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. 

Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa.

Jadi, keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja).

Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.

Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan, 'Hujanlahkamu di daerah ini!' Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.

Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahaiRasulullah?"

Nabi menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." (H.R Ibnu Majah)

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam"…

Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?

Nabi menjawab: "Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." (H.R Muslim)

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Malaysia Bakal Mengalami Empat Musim?



Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
saljidimalaysia
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
http://billyinfo.blogspot.com/2013/12/kutub-bumi-kian-menyongsang-malaysia.html
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
http://billyinfo.blogspot.com/2013/12/kutub-bumi-kian-menyongsang-malaysia.html
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Pengakhiran Dunia Semakin Hampir Atau Cerita Rekaan

Menyampaikan dalam bahasa termudah. Tidak perlu bermadah. Tidak perlu susah. AMARAN! BACA SAHAJA!  Persoalan yang bermain di benak seketika anda membaca boleh diletakkan ke tepi dahulu. Perkara yang diberitahu ini adalah perkara yang tidak kita nampak. Masa depan. Masa depan dalam satu jangka waktu yang amat dekat TANPA disedari ramai. BACA dengan SABAR.

KUTUB BUMI & POLE SHIFT


Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa pula berada di Antartika.

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan flip di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan flip peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku flip pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan sun spot. Manakala flip juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. Makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanaan Ilahi.

 

Paksi Bumi Sedang Beralih Arah

Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!

Pada tahun 2007, Medan kutub utara  berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut..  Anjakan kutub  bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan   terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. 

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. 
Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007.
Ia bergerak  sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.
Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah




Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan.

Malaysia? Dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

BERUBAH : Khatulistiwa berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat.

Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air
Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. 

Tanda Hijau- Kawasan yang tidak tenggelam. Malaysia hanya tinggal banjaran.
Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api dimatahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Tornado
Banjir
Letupan Gunung berapi
Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan ilahi.



Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah SAW "

“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), 
"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya.Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1.      ISON digelar “ Komet abad ini”
2.      ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3.      ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4.      ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5.      ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6.      ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7.      ISON adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang.
8.      ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9.      ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10.     Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

     Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi   akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara-saudari serta anak-anak ku
    bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.